Razaiyah ditemui tidak bermaya di kawasan belukar

21 Oct 2026 • 7:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Razaiyah ditemui tidak bermaya di kawasan belukar

JITRA – Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di Kodiang, dekat sini sejak Ahad lalu berjaya ditemukan di kawasan belukar kira-kira pukul 3.38 petang tadi.

Razaiyah Hassan, 74, yang menghidap penyakit darah tinggi dan nyanyuk dijumpai pasukan penyelamat dalam keadaan keletihan dan tidak bermaya.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, mangsa ditemui pada jarak kira-kira 300 meter dari lokasi dia dipercayai hilang.

“Keadaan mangsa didapati sangat keletihan dan tidak bermaya. Pasukan EMRS telah memberikan bantuan awal kepada mangsa di lokasi kejadian.

“Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kehilangan seorang wanita warga emas yang menghidap penyakit nyanyuk di Kodiang sejak Ahad lalu masih belum terjawab apabila operasi mencari dan menyelamat memasuki hari ketiga hari ini.

Razaiyah dilaporkan hilang selepas didakwa keluar dari rumahnya di Jalan Changlun, Kodiang tanpa pengetahuan ahli keluarga. – KOSMO! ONLINE

The post Razaiyah ditemui tidak bermaya di kawasan belukar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved