Razali tidak tolak kemungkinan kerjasama antara GRS dan PH

LocalPolitics
26 May 2025 • 9:24 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

Kota Kinabalu: Setiausaha Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Datuk Razali Razi tidak menolak sebarang kemungkinan berhubung spekulasi kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN17).

Beliau yang juga Ketua PGRS Bahagian Darau berkata, sebarang kemungkinan boleh berlaku kerana politik itu bersifat dinamik, namun belum ada keputusan mengenai kerjasama kedua pihak setakat ini.

“Pendapat peribadi saya, istilah spekulasi dari segi politik bermaksud segala kemungkinan boleh berlaku kerana politik itu dinamik, namun buat masa ini belum ada keputusan mengenainya (kerjasama GRS-PH).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Keutamaan kita (GRS) adalah kepentingan rakyat kerana kita bersifat inklusif, bukan eksklusif dan kita harus mengiktiraf serta menghargai ‘kawan-kawan’ kita yang bukan berada di Sabah. Itu yang penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Jelajah ‘Darau Di Hati’ dan Penyerahan Watikah Lantikan Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), di sini, Ahad.

Baru-baru ini, timbul spekulasi bahawa GRS bakal bekerjasama hanya dengan PH pada PRN17 dan akan melawan Barisan Nasional (BN) jika berlaku pertembungan dalam mana-mana kerusi ditandingi.

Dalam pada itu, Razali berkata, kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) menerusi kerajaan GRS-PH Plus perlu dikekalkan bagi memastikan kestabilan berterusan selepas PRN17.

Ini kerana katanya, momentum kerjasama erat ini perlu diteruskan untuk memastikan segala perancangan terutamanya dalam aspek pembangunan rakyat dan Sabah dapat diteruskan.

Sebagai contoh katanya, masalah melibatkan kemudahan rakyat perlukan masa untuk selesai namun kerajaan sedia ada ketika ini telah melaksanakan pelbagai perancangan bagi mengatasinya.

“Perlukan masa untuk selesai, bukan dalam tempoh singkat, namun apa yang kita perlukan adalah kestabilan sebab kerajaan negeri hari ini telah merangka perancangan untuk atasi masalah terlibat menerusi perancangan jangka panjang dan pendek.

“Jadi kita mesti kekalkan momentum ini, kalau kita asyik tukar kerajaan, kerajaan baharu dan pentadbirannya akan guna polisi serta perancangan yang baru lagi untuk selesaikan masalah sedia ada.

“Yang terjejas adalah rakyat kerana terpaksa menunggu lagi pelaksanaan polisi pentadbiran baharu, justeru apa yang diperlukan ketika ini adalah kesinambungan kerajaan sedia ada,” tegasnya.

Razali tidak menafikan berlaku masalah membabitkan kemudahan rakyat seperti bekalan air, elektrik dan sebagainya ketika ini namun kerajaan telah pun mengambil tindakan untuk tangani masalah tersebut.

Beliau berkata, usaha kerajaan GRS-PH Plus itu bukan sekadar retorik tetapi satu hala tuju yang telah ditetapkan menerusi agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi mencapai aspirasi pembangunan mapan wilayah ini.

“Ya (kekalkan kerajaan GRS-PH Plus selepas PRN17), kerana kita ada hala tuju yang segalanya telah tertulis dan bukan berdasarkan ayat saja, tetapi telah didokumentasikan,” tegasnya.

Terdahulu, lebih 600 terdiri daripada semua peringkat masyarakat hadir di program yang turut menganjurkan pelbagai acara melibatkan golongan belia dan warga setempat.