Redmi K60 Bakal Diperkenalkan Minggu Ini – Dijana SD8G2 Dan Memori Sehingga 16GB RAM

TechnologyDigital
26 Dec 2022 • 12:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Xiaomi kini telah mula mengacah kehadiran peranti baharu dibawah siri Redmi K60, dijadualkan pengenalan pada 27 Disember 2022 di China.

Redmi K60 ini dilihat akan menawarkan spesifikasi mercu, berbeza dengan penawaran sejumlah peranti lain dibawah siri Redmi. Berkemungkinan besar juga, siri ini akan eksklusif di China, dan tidak dipasarkan untuk pasaran global.

image is not available

Mengikut spesifikasi awal yang dikongsikan, telefon pintar ini dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang terbaru, serta dilengkapi memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x serta storan UFS 4.0 sehingga 512GB.

Spesifikasi penuh lain, termasuk penggunaan kamera masih menjadi misteri buat masa ini.

image is not available

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu ini untuk pengenalan rasmi telefon pintar terbaru Redmi ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved