Razer Melancarkan Tetikus Permainan Basilisk V3 Pro 35K Baharu

TechnologyDigital
2 Oct 2024 • 2:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Razer kini hadir dengan Basilisk V3 Pro 35K baharu yang pada asasnya sama dengan model asal tetapi dinaiktaraf pada sensor untuk lebih baik. Bermakna prestasi yang lebih responsif dengan penyesuaian lebih terperinci boleh dinikmati melaluinya. Hayat bateri juga lebih baik maksimum 210 jam berbanding 90 jam pada model sebelum.

image is not available

Dari segi teknikal sensor Razer Focus Pro 35K Optical Sensor Gen-2 digunakan dengan ciri pintar terbina Smart Tracking yang boleh mengesan jenis permukaan secara automatik untuk prestasi optimum. Dengan Motion Sync pula sepatutnya boleh meningkatkan tahap responsif sensor untuk penjejakan lebih baik seterusnya berfungsi seiring dengan isyarat yang dihantar oleh tetikus. Selain itu pengguna turut boleh menukar sensitiviti tetikus ikut kesesuaian masing-masing dengan mudah untuk pengalaman lebih memuaskan.

image is not available

Configurable Razer HyperScroll Tilt Wheel digunakan turut menerima penambahbaikan termasuk ciri Smart-Reel Mode yang membolehkan pengguna menyesuaikan kelajuan tatalan. Roda tetikus ini mempunyai sistem pencahayaan RGB yang boleh diubahsuai sepenuhnya menerusi Razer Synapse. Harga jualan rasmi ialah £159.99 (~RM884) seunit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved