Tablet Redmagic Nova Gaming Memasuki Pasaran Global

TechnologyDigital
30 Sep 2024 • 1:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

RedMagic telah melancarkan tablet Nova Gaming secara rasminya untuk pasaran global. Ia direka untuk pengalaman permua yang lebih lancar dan satu-satunya tablet yang dilengkapi dengan Snapdragon 8 Gen 3 Leading Edition setakat ini. Ini adalah cip yang sama digunakan pada RedMagic 9S Pro, iaitu versi yang menjalankan teras CPU utama pada 3.4GHz dan meningkatkan GPU kepada 1GHz.

image is not available

Turut menjadi perhatian apabila Nubia menyertaka kipas penyejuk terbina dengan kemampuan berpusing pada kadar 20,000 rpm untuk prestasi terbaik. Selain itu mempunyai sistem penyejukan 9 lapisan dengan ruang wap lebih besar yang diyakini mampu mengekalkan suhu tablet di bawah 25 darjah Celsius meskipun sewaktu sesi permainan yang sengit.

image is not available

Terdapat juga teknologi Gravity X2.0 dan Cube AI yang menjanjikan peningkatan pengalaman permainan dengan lebih banyak kawalan yang boleh disesuaikan. Dalam masa sama menyokong beberapa penstriman daripada pelbagai platform seperti Steam, Epic Games, PlayStation dan Xbox. Bateri 10,100mAh juga disertakan dengan sistem pengecasan pantas 120W.

image is not available

Kamera hadapan adalah 20MP manakala bahagian belakang menawarkan kamera 50MP. Kesemua ciri ini telah dimuatkan kedalam tubuh tablet sebesar 10.9″ LCD dengan resolusi 2.8K dan kadar segar semula 144Hz. Harga jualan bermula €499 (~RM2,285) (12/256GB) dan €649 (~RM2,972) (16/512GB) sebuah.