Razer Menggantung Jualan Komputer Riba Di Amerika Syarikat

TechnologyDigital
9 Apr 2025 • 9:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tarif Trump yang melampau minggu lalu kini mengorbankan Razer dengan syarikat komputer Singapura ini telah menggantung semua jualan dan pratempahan untuk komputer riba di Amerika Syarikat. Laman konfigurasi komputer riba baharu seperti Blade 16 kini tidak lagi boleh diakses. Sebaliknya laman hanya menunjukkan butang untuk menghantar notifikasi kepada pelanggan yang ingin membelinya sahaja.

image is not available

Pada waktu ini laman Razer Amerika Syarikat hanya menjual aksesori dan skin untuk pelbagai peranti. Aksesori baharu tempat meletak komputer riba yang dilancarkan semalam juga tidak menyatakan bila ia akan dijual di Amerika Syarikat. Jualan hanya digantung di Amerika Syarikat sahaja pada ketika ini dengan pasaran lain tidak terjejas.

Penggantungan jualan ini berkait rapat dengan tarif 104% ke atas China yang diumumkan oleh Trump lewat malam tadi dan Taiwan pula dikenakan tarif 32%. Razer mengeluarkan produk mereka di kedua-dua negara ini walaupun mereka berpangkalan di Singapura.