RCB Terus Menyokong Usaha Pembangunan Pelumba Cilik Tempatan

13 Oct 2025 • 4:09 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Siri perlumbaan minimoto tempatan kini menerima suntikan semangat yang lebih besar apabila RCB mengumumkan lanjutan tajaan selama tiga tahun lagi bagi kejohanan RCB Minimoto Championship. Keputusan ini hadir selepas kejayaan luar biasa edisi pertama kejohanan yang berlangsung tahun ini.

RCB Minimoto Championship mendapat sambutan yang amat memberangsangkan, terutamanya daripada kalangan keluarga pelumba. Suasana perlumbaan bukan sahaja meriah dengan aksi di atas litar, malah turut menjadi platform perhimpunan positif buat komuniti peminat dua roda.

Apa yang lebih membanggakan, barisan pelumba yang menyertai kejohanan ini terdiri daripada kanak-kanak berumur seawal 6 hingga 9 tahun. Walaupun muda, para pelumba ini menunjukkan semangat juang tinggi dan bakat semula jadi yang mengagumkan. Keberanian mereka di atas litar nyata menjadi tarikan utama sepanjang musim.

Usaha ZK Racing selaku penganjur juga wajar dipuji. Komitmen mereka dalam menganjurkan kejohanan ini bukan sekadar untuk mencipta saingan di litar, malah lebih kepada membina asas pembangunan sukan permotoran tanah air dari peringkat akar umbi.

Lanjutan tajaan RCB selama tiga tahun ini pastinya membuka lebih banyak peluang dan platform untuk mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi besar dalam dunia perlumbaan motorsikal Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved