RCI syor Menteri Kewangan, Menteri Hal Ehwal Agama kawal selia TH

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 1:43 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: RCI syor Menteri Kewangan, Menteri Hal Ehwal Agama kawal selia TH

PETALING JAYA: Kawal selia Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dipertanggungjawabkan kepada Menteri Hal Ehwal Agama dan Menteri Kewangan.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji turut mengesyorkan, pelantikan Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Lembaga Pengarah TH dipertanggungjawab kepada Perdana Menteri.

Selain itu, laporan tersebut turut mengesyorkan supaya Perdana Menteri dibantu dan dinasihati satu jawatankuasa penasihat bebas yang akan melakukan proses pemilihan, seterusnya mencadangkan nama calon yang harus dilantik.

“Ia bagi mewujudkan proses lebih telus dan professional, struktur atau keahlian jawatankuasa atau badan penasihat bebas yang bersesuaian yang boleh dikaji serta dipertimbangkan kerajaan.

‘Kewujudan badan bebas untuk menasihati dan membantu Perdana Menteri dalam hal ehwal pemilihan penyandang sesuatu jawatan bukanlah baharu dan luar biasa. Malah ia dijadikan amalan dalam proses pemilihan Hakim Mahkamah Atasan melalui penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakimanan,” menurut laporan berkenaan.

Laporan itu juga turut berpandangan adalah wajar Menteri kewangan dipertanggungjawabkan mengenai pengurusan pelaburan TH.

Katanya, ini kerana pengurusan pelaburan TH memberi kesan kepada ekosistem kewangan negara. – UTUSAN 

 

The post RCI syor Menteri Kewangan, Menteri Hal Ehwal Agama kawal selia TH appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved