RCI Tabung Haji: SPRM Rakam Percakapan Bekas CFO Lebih Enam Jam

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 7:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

RCI Tabung Haji: SPRM Rakam Percakapan Bekas CFO Lebih Enam Jam

RCI Tabung Haji: SPRM Rakam Percakapan Bekas CFO Lebih Enam Jam

PUTRAJAYA, 5 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam percakapan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun selama lebih enam jam bagi membantu siasatan berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji.

Rakaman percakapan itu berlangsung di Ibu Pejabat SPRM di sini bermula 10.30 pagi dan selesai kira-kira 5 petang.

Sumber SPRM memaklumkan hanya bekas CFO yang hadir, manakala bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) tidak hadir atas faktor kesihatan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman dalam kenyataan berkata hari ini merupakan hari kedua rakaman percakapan bekas pegawai kanan berkenaan selepas beliau dibebaskan semalam.

"Rakaman percakapan individu ini diteruskan bagi melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan berhubung hasil penemuan dalam Laporan RCI Tabung Haji dan selesai kira-kira 5 petang," katanya.

Baca juga:

Beliau berkata rakaman percakapan akan bersambung esok pada 10 pagi.

Semalam, SPRM menahan masing-masing bekas CEO dan CFO syarikat milik badan berkanun berhubung kes sama.

Dua individu masing-masing berusia 68 dan 60 tahun ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai RM370 juta.

Kedua-dua individu berkenaan ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada 6.30 petang semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved