RCI Tabung Haji: SPRM Tahan Bekas Menteri

LocalPolitics
1 Sep 2026 • 8:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

RCI Tabung Haji: SPRM Tahan Bekas Menteri

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang bekas menteri bagi membantu siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu dipercayai ditahan kira-kira 4.30 petang tadi ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Menurut hantaran di akaun TikTok rasmi SPRM, penahanan itu berkaitan isu pajakan hotel di Arab Saudi.

Baca juga:

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok bagi permohonan reman,” katanya.

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam laporan RCI TH akan diteruskan bagi memastikan negara tidak terus menanggung kerugian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved