RCI TH: Bekas menteri dilepaskan dengan jaminan SPRM

LocalPolitics
8 Sep 2026 • 3:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RCI TH: Bekas menteri dilepaskan dengan jaminan SPRM

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melepaskan bekas menteri yang sebelum ini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan melibatkan isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).

Suspek lelaki berusia 60-an itu ditahan reman selama tujuh hari sebelum dilepaskan sebaik tempoh reman terhadapnya tamat hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan perkata tersebut dan berkata, suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Sebelum ini, SPRM telah menahan reman bekas menteri itu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sebelum ini, SPRM turut menahan reman bekas Pengerusi dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) serta bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP).

Pada 14 Ogos lalu, tujuh individu termasuk seorang wanita yang terdiri daripada seorang CEO, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan isu sama.

Dalam laporan RCI yang didedahkan pada 29 Julai lalu, sebanyak 25 syor utama dikemukakan bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme, dan tadbir urus institusi terbabit. – KOSMO! ONLINE

The post RCI TH: Bekas menteri dilepaskan dengan jaminan SPRM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved