
KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, prosiding pendakwaan terhadap Abdul Azeez akan dibuat di hadapan Hakim Azura Alwi pukul 9 pagi.
Difahamkan pendakwaan terhadapnya adalah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Pada 27 Ogos lalu, bekas Ahli Parlimen Baling itu telah direman tujuh hari hingga 2 September bagi membantu siasatan susulan pendedahan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi itu.
Laporan RCI mengenai TH yang dimuat naik melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 29 Julai lepas antara lain mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti kaedah keputusan pelaburan lepas dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.
Skop siasatan RCI meliputi penelitian terhadap isu berkaitan TH sepanjang tempoh 2014 hingga 2020 dengan merujuk penemuan firma PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger, tidak termasuk pelan penstrukturan serta pemulihan yang sedang dijalankan ketika itu. – KOSMO! ONLINE
The post Azeez Rahim didakwa esok appeared first on Kosmo Online.






