RCI TH : Polis ambil keterangan saksi dalam, luar negara

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 3:03 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: RCI TH : Polis ambil keterangan saksi dalam, luar negara

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengambil keterangan saksi di dalam dan luar negara membantu siasatan berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya juga sedang mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan.

Katanya, tindakan itu dilakukan susulan lima kertas siasatan telah dibuka di bawah Kanun Keseksaan, Akta Tabung Haji 1995, Akta Syarikat 1965 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

“Siasatan dibuka selepas sembilan laporan polis diterima daripada Lembaga TH, anak syarikat TH dan orang awam berhubung dakwaan jenayah komersial termasuk kes-kes yang dinyatakan dalam Laporan RCI,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya,mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam perlakuan jenayah akan diambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“PDRM menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap siasatan dijalankan secara bebas, telus, profesional dan berlandaskan undang-undang,” jelasnya.

Katanya, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung siasatan yang sedang dijalankan. 

“Sebarang kenyataan atau penyebaran maklumat yang tidak berasaskan fakta bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah berpotensi menjejaskan proses siasatan,” katanya. – UTUSAN

The post RCI TH : Polis ambil keterangan saksi dalam, luar negara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved