
PAPAR: Dalam usaha bersama untuk meningkatkan literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, Kelab Rotari Kota Kinabalu Pearl secara rasmi melancarkan Sudut Bahasa Inggeris SMK Benoni, di sini, pada 25 Julai lalu, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian di bawah inisiatif utama mereka, Projek Real (Rural-Focused English for All).
Presiden Kelab Datin Dr. Jeanette Tambakau, yang menyempurnakan majlis pelancaran, yang memuji Pengetua SMK Benoni Haji Ikhbal Khan atas inisiatif beliau yang berpandangan jauh dalam mewujudkan sudut bacaan Bahasa Inggeris terbabit.
“Mewujudkan Sudut Bahasa Inggeris adalah satu idea yang amat menginspirasikan daripada Haji Ikhbal. Kami amat menghargai komitmen beliau dalam memupuk tabiat membaca dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar,” katanya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Sebagai sokongan kepada inisiatif itu, RCKK Pearl menyumbangkan lebih 500 buku cerita Bahasa Inggeris dan 350 kamus dwibahasa sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan pengetua SMK Benoni itu terhadap Projek REAL ketika berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Unit Bahasa di Jabatan Pendidikan Negeri.
Jeanette berkata, walaupun Projek REAL pada asalnya menyasarkan sekolah rendah di kawasan luar bandar, kelab terbabit teruja melihat konsep itu kini diperluas ke peringkat sekolah menengah.
“Pembelajaran, pembangunan dan penguasaan sesuatu bahasa adalah satu perjalanan sepanjang hayat. Kami amat teruja dengan pendekatan proaktif SMK Benoni dalam meneruskan usaha ini di peringkat menengah.
“Kami juga memberikan penghargaan istimewa kepada Pengerusi Projek iaitu ahli kelab Rotari Tulip Noorazyze, yang telah menerajui peluasan Projek REAL di seluruh Sabah dengan dedikasi yang tinggi.
“Tulip telah menjadi nadi utama dalam program ini dengan menyelaras lawatan, mengagihkan bahan dan bekerjasama rapat dengan pejabat pendidikan. Kepimpinan beliau amat memberi kesan yang mendalam,” katanya.
Tulip dibantu oleh pasukan REAL berdedikasi, yang terdiri daripada Naib Presiden Datuk Eliza Goh, presiden terdahulu Chendramata Sinteh, Datin Phyllis Lo, Caroline Paxton, Dr. Julia Ongkili, Datin Rocy Chong dan Soo Yuen Mee.
Tambah Jeanette: “Wanita-wanita ini membawa kekuatan unik masing-masing dan mengubah Projek REAL menjadi satu daya perubahan yang bermakna dalam komuniti sekolah kita. Kami ucapkan terima kasih atas khidmat mereka yang mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri.”
Diasaskan pada 2016 oleh Datuk Noni Said, Projek REAL berkembang pesat hasil sokongan daripada Jabatan Pendidikan Sabah.
Dalam tempoh sembilan tahun sahaja, projek terbabit telah menjangkau 51 sekolah di 14 daerah, termasuk Kota Belud, Papar, Kiulu, Inanam, Tuaran, Kota Marudu, Sipitang, Pitas, Kudat, Tenom, Kuala Penyu, Keningau, Ranau dan Beaufort.
Selain mewujudkan Sudut Bahasa Inggeris, program itu turut menganjurkan pertandingan antara sekolah dalam penulisan puisi, pidato dan penceritaan, serta bengkel latihan untuk guru bagi memperkukuh keupayaan pengajaran.
Presiden kelab itu turut mempelawa SMK Benoni untuk menganjurkan aktiviti masa hadapan di bawah program terbabit.
“Matlamat kami adalah untuk memperkasakan pelajar dengan Bahasa Inggeris, membuka lautan ilmu dan peluang masa depan yang luas.
“Membaca adalah antara kaedah paling berkesan untuk menguasai sesuatu bahasa dan ia adalah tabiat yang wajar dipupuk sejak awal,” katanya.
Beliau menutup ucapannya dengan menyeru pelajar agar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan Sudut Bahasa Inggeris itu.
“Beranilah bermimpi, belajarlah bersungguh-sungguh dan sentiasalah ingin tahu. Biarlah English Corner ini menjadi pintu gerbang anda menuju masa depan yang lebih cerah,” katanya.
Tambah beliau, RCKK Pearl, yang kini memasuki tahun ke-10, terus komited dalam misi menyokong literasi, pembangunan belia dan kemajuan pendidikan di seluruh Sabah.




