“Umur 30 Tapi Simpanan RM10k Pun Tak Ada?” – Hantaran Tular, Cetus Perdebatan Hebat

LocalPersonal Finance
31 Jul 2025 • 4:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, satu hantaran di media sosial menjadi tular selepas menyentuh isu kewangan individu berusia 30 tahun ke atas yang masih belum berjaya menyimpan RM10,000.

Hantaran tersebut ditulis dalam gabungan Bahasa Melayu dan Inggeris yang tegas,

Kalau kau umur 30 dah… tapi saving RM10k pun tak ada, something is wrong.

Hantaran itu mendapat reaksi bercampur. Ada yang bersetuju dan menganggap ia satu ‘wake-up call’ buat golongan muda agar lebih peka terhadap pengurusan kewangan. Namun, ramai juga yang mengecam kenyataan itu sebagai tidak sensitif, terutamanya dalam keadaan ekonomi sekarang yang mencabar.

image is not available

Komen seorang pengguna,

Cuba hidup kat KL dengan gaji RM2.5k sebulan, tengok boleh simpan berapa.

Ada juga yang menegaskan bahawa tidak semua orang bermula dengan peluang atau latar belakang yang sama. Komitmen seperti hutang pelajaran, tanggungan keluarga, gaji rendah dan sewa rumah tinggi antara faktor yang menyukarkan simpanan.

Pakar kewangan turut bersetuju bahawa RM10,000 adalah sasaran yang baik, tetapi tidak wajar dijadikan penanda aras mutlak kerana situasi kewangan setiap individu berbeza.

image is not available 2025-07-19 16:16:05

Cuak SPRM Serbu Rumah, Suspek Rasuah Bakar Wang Tunai RM1 Juta Dalam Tandas Untuk Hapus Bukti