
Kota Kinabalu: Ucapan Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan semasa merasmikan Pelancaran Jentera Pemuda GRS, Ahad lalu, tidak mengandungi sebarang unsur hasutan, kata Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
Sebaliknya, beliau berkata ucapan Dr Jeffrey bertujuan memberi semangat kepada jentera pemuda berkenaan misi dan perjuangan parti dengan menekankan prinsip “Rumah Kita, Kita Jaga.”
Advertisement“Prinsip ini menyeru pemuda untuk mempertahankan apa yang menjadi hak mereka, dan berhati-hati dengan musuh dalam selimut yang cuba merampasnya.
“Persoalannya, kenapa Ketua Umno Sabah begitu terkesan dengan ucapan ini? Adakah beliau secara tidak langsung mengakui bahawa Umno adalah musuh dalam selimut untuk Kerajaan Sabah?
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Sebagai ahli politik berpengalaman, tidak wajar untuk Bung menyerang Dr Jeffrey secara peribadi dengan mengungkit perjalanan politiknya yang penuh liku.
“Apa kaitan perjalanan politik seseorang pemimpin dengan isu ini?,” katanya dalam kenyataan, Rabu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sebagai seorang pemimpin yang pernah menjadi sebahagian daripada Kerajaan GRS dan menang di DUN Lamag serta Parlimen Kinabatangan atas sokongan ahli ahli GRS, Bung sepatutnya menyokong prinsip “Rumah Kita, Kita Jaga.”
Namun, beliau nampaknya masih sukar menerima hakikat bahawa era Barisan Nasional (BN) sudah berlalu. Kini adalah era GRS, dengan misi yang jelas dan perjuangan rakyat Sabah yang dipacu oleh Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ).
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Bung juga harus sedar bahawa rakyat Sabah kini semakin memberi sokongan kepada parti tempatan yang memahami keperluan dan aspirasi mereka.
“Serangan beliau terhadap prinsip ‘Rumah Kita, Kita Jaga’ hanya menonjolkan keresahan beliau dan Umno terhadap sokongan rakyat yang semakin berkurangan.
“Seperti dinyatakan Dr Jeffrey, rakyat Sabah perlu bersatu dengan pemimpin untuk menolak kaedah pecah dan perintah yang telah merosakkan pembangunan, ekonomi, dan sosial negeri ini selama puluhan tahun di bawah pentadbiran Umno.
“Dr Jeffrey berhujah berasaskan fakta, bukan retorik politik. Bung, sebagai wakil Parlimen Kinabatangan selama beberapa penggal, pastinya sedar kawasan tersebut masih mundur dan daif.
“Ini bukti jelas kegagalan model pentadbiran yang beliau wakili,” kata Nizam, yang juga ahli Biro Penerangan GRS.
Lebih mengejutkan, tambahnya, Bung memberikan kepercayaan kepada rakaman video yang meragukan dan jelas memiliki motif politik.
“Adakah Bung sebahagian daripada komplot ini sehingga bertindak menjadi pendakwa dan hakim sekali gus?,” Nizam bertanya.
Sebagai pemimpin, beliau berkata Bung seharusnya lebih bijak memahami bahawa mana-mana rakaman video, audio, atau gambar yang disunting dan tidak memiliki kredibiliti, tidak akan diterima sebagai bukti di mahkamah.
Nizam berkata, lebih baik beliau (Bung) sendiri fokus dengan tuduhan mahkamah yang sedang dihadapinya.
“Nasihat saya kepada Bung adalah jangan menjaga tepi kain orang, fokus kepada isu sebenar, dan patuh pada undang-undang negara tanpa membuat tuduhan melulu,” katanya.
