Reaksi Comel Song Ji Hyo Malu-Malu Lihat Diri Sendiri Di Skrin Panggung Wayang Buat Ramai Jatuh Hati - “Tak Sangka Saya Clumsy Macam Ni”

3 May 2025 • 1:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon terkenal Korea, Song Ji Hyo hadir ke Malaysia bagi mempromosikan siri dokumentari terbaharu berjudul Deep Dive Korea: Song Ji-Hyo’s Haenyeo Adventure.
 

Comel bila malu-malu


Malam tayangan eksklusif yang berlangsung di Aurum Theatre, Imax, The Exchange TRX itu menyaksikan Ji Hyo hadir begitu anggun dengan menggayakan busana bewarna putih krim.


 


Namun apa yang menarik perhatian adalah gelagat Ji Hyo yang comel dan malu-malu usai menonton episod pertama dokumentari berkenaan membuatkan penonton yang hadir jatuh hati.


 


Kata Ji Hyo, dia tidak menyangka dirinya kelihatan begitu kekok sekali sewaktu mempelajari cara-cara seorang penyelam wanita menyelam.


 

“Sebelum saya menjawab pertanyaan atau soalan anda, izinkan saya ketawa dahulu sebab ini adalah kali pertama saya menonton dokumentari ini yang sudah siap sepenuhnya.
 
“Saya sendiri tidak menyangka diri saya untuk menjadi seorang yang sangat ‘newbie’ dan kekok seperti itu.

 


“Saya mempunyai keazaman yang tinggi untuk cuba melakukan pekerjaan sebagai Haenyeo (penyelam wanita).


 


“Tetapi bila saya melihat diri saya sedang berenang secara keanak-anakkan membuatkan saya rasa sedikit segan.


 


“Bagi saya ia agak memalukan tetapi saya sendiri boleh melihat bersama anda semua bahawa pekerjaan sebagai Haenyeo ini bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya sambil tersenyum.

 


Saksikan tayangan perdana Deep Dive Korea: Song Ji-Hyo’s Haenyeo Adventure setiap Ahad, mulai 11 Mei jam 9 malam. 


 


Siri ini juga akan tersedia pada masa yang sama di saluran BBC Earth, saluran UnifiTV (501) dan saluran Astro (554).


 


Untuk info, Haenyeo ialah penyelam wanita profesional yang menyelam ke dalam laut tanpa sebarang peralatan mekanikal untuk menangkap hasil laut.


 


Secara majoritinya, Haenyeo berada di wilayah Jeju Korea Selatan.


 


Jeju Haenyeo mencari rezeki dengan menuai abalon, kerang, gamat dan hijiki dari lautan.