Reaksi Muka Semua Kelakar, Netizen Tak Tahan Gelak Tengok Sekumpulan Lelaki Terkejut Layan Cerita Hantu

Entertainment
19 May 2024 • 4:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernah tak anda merakam reaksi kawan anda ketika menonton cerita hantu? Filem seram yang mempunyai banyak jump scare atau kejutan boleh membuatkan seseorang itu ketakutan atau berang.

Baru-baru ini, terdapat satu video tular yang memaparkan seorang lelaki merakam detik kelakar apbila merakan wajah rakan-rakannya ketika menonton cerita hantu.

Video berkenaan menjadi tular dan rata-rata netizen terhibur melihatnya. Manakan tidak, dalam video sama, boleh dilihat dua orang lelaki terpaksa menggunakan bantal untuk menutup muka mereka kerana takut.

Lebih melucukan, reaksi terkejut yang ditunjukkan kesemua lelaki itu berjaya dirakam. Hilang kejantanan mereka ketika berlakunya jump scare.

Tahukah anda, cerita hantu boleh mendatangkan manfaat tersendiri terhadap kesihatan mental? Kajian mendapati, cerita seram boleh mengurangkan stres dan merendahkan rasa takut sekiranya seseorang itu terdedah kepada bahaya.

Bagaimanapun, sudah tentulah seseorang itu suka tonton cerita seram kerana rasa ‘thrill‘ yang dibawa oleh filem berkenaan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article