Reaksi Spontan Ruhainies Berpurdah Tapi Peluk BFF Lelaki Jadi Perhatian

Entertainment
22 Apr 2024 • 9:27 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ruhainies peluk

Selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah, nama pelakon Ruhainies panas lagi. Mana taknya, pelakon ini dilihat berpelukan dengan kawan baik lelaki yang menyambut ketibaannya.

Dalam rakaman itu, pelakon ini dan kakaknya Risteena Munim dilihat masih mengenakan jubah dan niqab berwarna hitam.

image is not available

Namun, reaksi spontan mereka berpelukan mengundang respon kurang senang daripada netizen. Rata-rata daripada netizen menegur pelakon berkenaan yang mengenakan pakaian sunnah tetapi melakukan perkara tidak baik.

image is not available

image is not available

Meninjau ke ruangan Instagram, kawan baik Ruhainies dilihat memuat naik status meminta maaf dan mengaku kesalahan yang dibuatnya.

Hasil semakan mendapati video tersebut sudah pun dipadam di akaun Tiktok @zaharzbubu7.

Kredit: Instagram zaharzbubu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.