Reaksi Syed Saddiq Selepas Keputusan Kes Rayuan Ditangguhkan – “Sukar Untuk Saya Komen, Sudah 6 Tahun Saya Berjuang”

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 10:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) ditangguhkan kepada 13 Julai ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh hakim, Datuk Seri Abu Bakar Jais susulan seorang panel hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Razali sedang cuti sakit pada hari ini dan esok.

Advertisement

Syed Saddiq

Susulan penangguhan itu, Syed Saddiq yang ditemui setelah sesi berkata beliau menghormati institusi kehakiman negara dan akur dengan keputusan berkenaan.

“Saya hormati institusi kehakiman negara, yang ingin mendapatkan keadilan tanpa melalui jalan pintas. Perkara ini tidak dijangka, sukar untuk beri saya komen, not something we planned.”

Menurut Syed Saddiq, kes tersebut bukan perkara baharu kerana sudah berlanjutan selama enam tahun, namun beliau tetap perlu menunggu dua minggu lagi bagi mengetahui keputusan rayuan tersebut.

“Cuma peribadi, kes ini bukan kes baru, sudah 6 tahun. Saya nak bersihkan maruah saya, perlu tunggu lagi 2 minggu, tetapi saya akur dan patuh.”

Tambahnya, beliau kini mahu terus memberi fokus untuk membersihkan nama dan maruahnya, selain berharap keputusan dapat diperoleh pada hari ini.

Syed Saddiq turut memaklumkan akan terus bekerjasama dengan pasukan peguamnya sementara menunggu tarikh keputusan baharu.

“Saya cuma nak fokus, clearing my name dan integrity saya. . Berharap ada keputusan hari ini, untuk dapatkan keadilan kena tunggu lagi dua minggu. Saya akan bekerjasama dengan peguam saya. Saya akan teruskan perjuangan.”

Sebelum ini, Syed Saddiq berdepan empat pertuduhan membabitkan dana Armada, iaitu bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

syed saddiq keputusan2026-06-30 09:52:42

(TERKINI) Keputusan Rayuan Kes Penyelewengan Dana ARMADA Syed Saddiq

The post Reaksi Syed Saddiq Selepas Keputusan Kes Rayuan Ditangguhkan – “Sukar Untuk Saya Komen, Sudah 6 Tahun Saya Berjuang” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved