Realiti! Kahwin Lebih Dari Satu, Lelaki Menyesal Sebab Isteri-Isteri Mengelak Jaga Waktu Sakit

Family & Parenting
22 Aug 2023 • 8:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak kebelakangan ini, banyak saja cerita mengenai lelaki yang bergelar suami pilih untuk berkahwin lebih dari satu dan ia seakan-akan sudah menjadi trend ketika ini kerana setiap hari ada saja cerita mengenai hal ini didedahkan di media sosial.

Baru-baru ini, seorang pakar perubatan dikenali ramai di TikTok, Dr Hafeez tampil menceritakan kisah poligami yang mampu membuka mata masyarakat.

Melalui kisah yang dicerita, suami yang mempunyai ramai isteri ada saja diabaikan saat diri sudah terlantar di rumah sakit akibat sakit tua.

Biarpun mempunyai ramai anak, kebanyakkannya mengelak untuk jaga ayah yang sudah sakit, malah dibuat orang tua tersebut seperti bola ping-pong.

Kisah terbabit dikongsikan agar orang ramai tidak mengambil mudah mengenai poligami ini kerana mungkin sewaktu muda, rasa diri sudah adil namun bimbang di kala waktu tua kifarah akan menimpa.

Sebagai orang luar, doktor tersebut meminta orang ramai tidak menghukum terlalu cepat isterinya kerana tidak tahu hal yang dilalui sewaktu dimadukan.

image is not available 20 hours ago

"Takyah Sibuk Nak Beristeri 2, I Pun You Tak Boleh Handle" - Penangan Abang Tesla, Anzalna 'Warning' Suami