Realiti yogurt 'low fat'

Health & Fitness
21 Feb 2026 • 8:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Realiti yogurt 'low fat'
Gambar: Public Health M'sia

“Min, saya dah cut off nasi. Hari-hari saya makan yogurt 'Low Fat' je untuk diet. Tapi kenapa berat saya makin naik ni? Perut pun makin buncit!"

Sini Min nak bongkarkan satu "scam" terbesar dalam dunia diet yang ramai tak perasan. Perangkap produk "LOW FAT" (Rendah Lemak).

Niat korang dah betul nak sihat. Korang nampak label "Low Fat" kat botol yogurt, terus rasa selamat dan borong masuk troli.

Tapi realiti industri makanan ni kejam,

Bila pengilang buang lemak dari yogurt, tekstur dia akan jadi cair macam air dan rasa dia tawar macam air paip.

Siapa je nak beli, kan?

Jadi, untuk bagi yogurt tu kembali 'creamy' dan sedap, apa dorang buat?

Dorang topup GULA dan SIRAP GLUKOSA berkali ganda!

Akibatnya:

• Gula dalam darah korang naik mendadak (Spike!).

• Bila lemak tak ada, takde benda yang nak perlahankan penghadaman dan bagi rasa kenyang.

• Setengah jam lepas makan yogurt, perut korang dah berkeroncong lapar balik. Sudahnya korang pergi cari snek lain pula.

Label "Low Fat" tu cuma taktik nak alihkan perhatian korang dari tengok ruangan "Total Sugar" kat belakang botol tu.

Macam mana nak elak terjerat?

✔️ Pilih Yogurt Asli (Plain/Greek Yogurt). Memang masam sikit sebab takde gula tambahan.

✔️ Kalau nak manis, potong buah epal, strawberi atau pisang letak sendiri dalam tu. Manis ori, tinggi serat!

Lepas ni, jangan mudah terpedaya dengan label besar kat depan. Pusing botol tu, baca label nutrisi kat belakang.

Lemak tak selalu jahat, kadang-kadang gula yang jadi 'musuh dalam selimut'.

#PublicHealthMalaysia #LowFatTrap #GulaTersembunyi #DietMitos #BacaLabel #TipsKurus #YogurtSihat #ScamDiet


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.