Realme 11 5G Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 30 Ogos

TechnologyDigital
21 Aug 2023 • 2:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas melepasi pengesahan SIRIM, ketersediaan rasmi peranti baharu Realme 11 5G di Malaysia akhirnya dikongsikan. Pelancarannya dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos 2023 yang turut boleh disaksikan secara dalam talian menerusi platform seperti Facebook, TikTok dan YouTube. Dalam pada itu, Realme juga dijangka mengumumkan hal yang menarik melaluinya bersempena dengan ulang tahun kelima mereka.

image is not available

Merujuk spesifikasi di laman web rasmi Realme 11 5G akan dilengkapi skrin 6.7″ IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Cip MediaTek Dimensity 6100+ digunakan sebagai tunjang utama, di samping gabungan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

image is not available

Bateri pula sebesar 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W. Turut disertakan pada peranti ini adalah kamera utama 108MP dengan kemampuan zum sehingga 3X yang kemudiannya diikuti pula 2MP untuk potrait. kamera hadapan puls sebesar 16MP yang diletakkan pada lubang kecil di bahagian tengah.