Tempahan awal Realme 12+ 5G dibuka, deposit hanya RM12

Digital
16 Feb 2024 • 7:03 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Secara rasminya Realme mengumumkan akan melancarkan siri Realme 12+ dan 12 Pro+ untuk pasaran Malaysia pada 29 Februari ini. Seiring dengan pelancarannya, tempahan awal untuk telefon pintar itu turut dibuka kepada umum.

image is not available

Dengan deposit RM12, anda boleh membuat tempahan awal eksklusif untuk Realme 12+ 5G. Lebih menarik lagi, setiap tempahan awal yang dibuat dari 16 hingga 29 Februari 2024, anda akan menerima hadiah bernilai RM699.

Promosi tempahan awal

Harga sebenar untuk Realme 12+ 5G masih belum diumumkan buat masa ini. Namun bagi yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar itu, dengan deposit RM12 sahaja, melayakkan anda mendapat hadiah seperti:

  • Fon putik Techlife Wireless
  • Jam pintar Techlife T17C
  • 1- tahun lanjutan waranti

image is not available

Tempahan awal dengan deposit RM12 boleh dilakukan di kedai jenama Realme seluruh negara bermula 16 sehingga 29 Februari. Manakala bermula 1 Mac pula, lengkapkan pembelian anda dengan membuat baki bayaran dan menerima Realme 12+ serta hadiah bernilai RM699.

Spesifikasi Realme 12+ 5G

image is not available

Keunikan pada Realme 12+ adalah ia dihasilkan dengan pakar jam mewah, Ollivier Saveo. Ia dapat dilihat pada bulatan ruang kameranya yang seakan 'crown' pada jam mewah dalam warna emas. Panel belakangnya juga memperagakan kemasan kulit bersama jalur sulaman benang emas di tengah panel.

Untuk paparan, ia menampilkan skrin melengkung 6.7-inci menggunakan panel AMOLED pada resolusi HD Penuh, serta kadar penyegaran 120Hz. Panel ini ada kecerahan puncak pada 950 nits, serta memiliki cakupan warna gamut P3 100% dan terima pengesahan TUV Rheinland untuk ada tahap PWM setinggi 2160Hz.

image is not available

Realme 12+ dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 1 bersama gandingan RAM 8GB dan juga storan dalaman sama ada 128GB atau 256GB. Ia juga akan menjalankan sistem operasi Android 14 yang diselaputi dengan Realme UI 5.0.

image is not available

Lubang kecil di skrin terletaknya kamera hadapan bersensor 16MP. Sementara itu, di belakang ia menggunakan sistem tri kamera iaitu kamera utama 50MP OIS yang berupaya mengezum lossless sehingga x4, kamera telefoto 32MP dengan zum optikal x2 dan juga kamera ultra lebar 8MP.

image is not available

Membekalkan tenaga pada komponen telefon adalah bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 67W melalui USB-C. Realme mendakwa ia mampu mengecas dari 1% hingga 50% dalam masa 19 minit sahaja.

Ciri lain yang ada pada Realme 12 Pro juga termasuk speaker stereo dengan sokongan Dolby Atmos, pengimbas cap jari dalam skrin dan diiktiraf IP65. Ia juga menyokong sambung seperti WiFi 6, Bluetooth 5,2 dan 5G.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Realme 12+.

Bacaan berkaitan: