Realme 12 Pro+ 5G Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

TechnologyDigital
27 Dec 2023 • 3:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semakan Amanz menerusi laman web SIRIM Malaysia mendapati terdapat peranti baharu Realme telah disenaraikan. Ia didaftarkan dengan kod nama RMX3840 (realme 12 Pro+ 5G) oleh DTL Malaysia Sdn Bhd pada hari ini. Persoalan kini tertumpu kepada reka bentuk dan spesifikasi utama memandangkan peranti belum dilancarkan di mana-mana pasaran.

image is not available

Namun secara tradisinya peranti di bawah siri ini diletakkan dalam kelas peranti pertengahan premium. Justeru sudah semestinya penawaran juga boleh menjadi menarik dan lebih baik berbanding generasi sebelum. Setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Realme berhubung hal tersebut. Namun bagi anda yang berminat untuk membeli Realme 11 Pro+ 5G pula harganya di Malaysia ialah RM1,999.