Realme 16 Rasmi Di Malaysia – Cip Dimensity 6400 Turbo, Bateri 7000mAh Dan Harga RM1599

LocalTechnology
12 Jun 2026 • 4:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme 16 Rasmi Di Malaysia – Cip Dimensity 6400 Turbo, Bateri 7000mAh Dan Harga RM1599

Realme 16 dilancarkan di Malaysia hari ini sebagai peranti kelas pertengahan. Ia memberi tumpuan kepada bateri besar dalam tubuh yang nipis sekali gus menawarkan kemudahan penggunaan harian.

Image from: Realme 16 Rasmi Di Malaysia – Cip Dimensity 6400 Turbo, Bateri 7000mAh Dan Harga RM1599

Peranti ini hadir dengan skrin AMOLED 6.57 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak 4,200 nit. Ia mempunyai reka bentuk langsing berukuran 8.1mm dengan berat 183 gram, serta menggunakan sisi rata dan bucu bulat untuk pengalaman yang lebih selesa. Panel belakang menampilkan corak berlapis ‘Gleaming Wings’ bersama lapisan anti-cap jari.

Image from: Realme 16 Rasmi Di Malaysia – Cip Dimensity 6400 Turbo, Bateri 7000mAh Dan Harga RM1599

Peranti juga dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 6400 Turbo dengan memori 12GB RAM dan storan 256GB serta menggunakan sistem operasi Android 16 bersama antaramuka Realme UI 7.0. Ia dijangka menerima tiga naik taraf sistem Android dan kemas kini keselamatan selama empat tahun. Realme 16 5G turut dilengkapi bateri berkapasiti 7,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 60W.

Image from: Realme 16 Rasmi Di Malaysia – Cip Dimensity 6400 Turbo, Bateri 7000mAh Dan Harga RM1599

Kamera belakang dilengkapi kamera utama Sony IMX852 50MP bersama kedalaman 2MP serta cermin swafoto di bahagian belakang untuk menghasilkan swafoto berkualiti menggunakan kamera utama. Kamera hadapan pula menggunakan kamera 50MP bagi tujuan swafoto dan panggilan video. Antara ciri tambahan termasuk denyar LED berbentuk cincin, AI Edit Genie, mod Vibe Master serta kawalan rakaman berasaskan gerakan untuk pengalaman fotografi yang lebih baik.

Image from: Realme 16 Rasmi Di Malaysia – Cip Dimensity 6400 Turbo, Bateri 7000mAh Dan Harga RM1599

Realme 16 5G dijual di Malaysia pada harga RM1,599. Terdapat juga harga promosi sempena pelancaran iaitu RM1,499 untuk masa terhad. Pembeli turut akan menerima hadiah percuma sehingga RM537 termasuk kipas tangan Aisolove, lanjutan jaminan selama satu tahun serta perlindungan skrin retak selama 180 hari. Tawaran ini boleh didapati melalui kedai rasmi realme, pengedar sah, serta platform Shopee, Lazada dan TikTok Shop