Realme 16T 5G Kini Di Malaysia Dengan Bateri 8000mAh Dan Harga RM1399

LocalDigital
12 Jun 2026 • 4:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme 16T 5G Kini Di Malaysia Dengan Bateri 8000mAh Dan Harga RM1399

Realme 16T 5G turut dilancarkan di Malaysia sebagai model keempat dalam siri ini, melengkapkan barisan Realme 16 5G, Realme 16 Pro dan Realme 16 Pro+. Ia merupakan model paling mampu milik dalam siri tersebut dengan menawarkan bateri berkapasiti besar, skrin 144Hz serta pelbagai ciri tambahan lain.

Image from: Realme 16T 5G Kini Di Malaysia Dengan Bateri 8000mAh Dan Harga RM1399

Realme 16T 5G hadir dengan skrin LCD HD+ berukuran 6.8 inci yang menyokong kadar segar semula 144Hz serta kecerahan puncak 1200 nit. Ia dikuasaI oleh cip Dimensity 6300 yang menyokong rangkaian 5G. Antara tarikan utama peranti ini ialah bateri besar 8000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W.

Image from: Realme 16T 5G Kini Di Malaysia Dengan Bateri 8000mAh Dan Harga RM1399

Selain itu, realme 16T turut menawarkan cermin swafoto di bahagian belakang untuk membantu pengguna mengambil swafoto menggunakan kamera utama 50MP. Sistem kamera terdiri daripada kamera utama Sony IMX852 50MP dengan AI, kamera monokrom 2MP serta teknologi LumaColor Imaging System. Peranti ini juga hadir dengan ketahanan IP66, IP68, IP69 serta IP69K.

Image from: Realme 16T 5G Kini Di Malaysia Dengan Bateri 8000mAh Dan Harga RM1399

Realme 16T 5G ditawarkan dalam dua warna iaitu Starlight Green dan Aurora Black dengan harga RM1,399. Pembeli juga boleh menikmati harga istimewa RM1,299 sempena pelancaran, serta hadiah percuma bernilai sehingga RM537 di seluruh kedai rasmi realme, pengedar sah dan platform Shopee, Lazada serta TikTok Shop. Antara hadiah percuma tersebut termasuk kipas tangan Aisolove, lanjutan jaminan selama setahun serta jaminan skrin retak selama 180 hari.