Realme 16T Dilancarkan – Skrin 144Hz Dan Bateri 8000mAh

TechnologyDigital
22 May 2026 • 6:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme 16T kini rasmi sebagai model baharu dengan spesifikasi kelas pertengahan. Tumpuan utama telefon ini ialah bateri 8,000 mAh yang diiklankan mampu bertahan tiga hari penggunaan dengan sekali cas. Selain itu, bateri ini menyokong pengecasan 45W dan menyokong pengecasan berbalik berwayar 15W.

Image from: Realme 16T Dilancarkan – Skrin 144Hz Dan Bateri 8000mAh

Satu lagi tumpuan Realme 16T ialah kamera utama 50MP Sony IMX852 di bahagian belakang, digabungkan dengan monokrom 2MP. Kamera utama ini hadir dengan beberapa ciri fotografi berkuasa AI, termasuk AI Portrait Glow yang mampu menganalisis pencahayaan di sekeliling subjek serta menambah kesan pencahayaan tambahan untuk meningkatkan kecerahan subjek.

Image from: Realme 16T Dilancarkan – Skrin 144Hz Dan Bateri 8000mAh

Selain itu, AI Portrait Glow menawarkan empat pilihan pencahayaan iaitu Flash, Studio Light, Natural Light dan Rim Light. Telefon ini turut dilengkapi teknologi LumaColor IMAGE untuk menghasilkan tona kulit yang lebih semula jadi. Modul kamera belakang juga menampilkan Aura Flash serta cermin swafoto bagi meningkatkan pengalaman fotografi pengguna.

Image from: Realme 16T Dilancarkan – Skrin 144Hz Dan Bateri 8000mAh

Realme 16T juga hadir dengan paparan LCD 6.8″ yang menyokong kadar segar semula 144Hz serta kecerahan puncak 1,200 nit. Paparan ini dipadankan dengan cip Dimensity 6300 bersama memori 8GB RAM. Telefon ini menjalankan Realme UI 7.0 namun Realme masih belum mendedahkan tempoh sokongan perisian yang akan diberikan. Ia turut melepasi pensijilan MIL-STD-810H serta penarafan IP66, IP68, IP69, IP69K dan IP69 Pro yang menjadikannya lebih tahan lasak dalam pelbagai keadaan.