Realme Akan Cuba Menjadikan Memori 16GB Dan Storan 1TB Standard Untuk Peranti Kelas Pertengahan

TechnologyDigital
18 Apr 2023 • 5:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme GT Neo5 SE telah pun rasmi dilancarkan di China sebagai peranti kelas pertengahan premium yang cukup berkuasa. Lebih menarik untuk peranti kelas pertengahan Realme menawarkan pilihan memori dan storan mencapai 16GB RAm serta 1TB storan dalaman.

Peniris terkenal di China Digital Chat Station menyatakan Realme mungkin akan menjadikan variasi 16GB RAM dan 1TB storan sebagai standard untuk peranti kelas pertengahan. Bukan itu sahaja peranti seperti ini turut akan menyokong pengecasan pantas 100W.

image is not available

Dengan melakukan strategi seperti ini peranti mercu dengan variasi sama di masa akan datang tiada alasan untuk menjual pada harga mahal kerana peranti kelas pertengahan pun boleh jual pada harga mampu. Contoh Realme GT Neo5 SE pada harga RMB 2599 adalah sekitar RM1677 sahaja.

image is not available

Ini akan menjadikan satu trend kepada semua pengeluar untuk bijak meletakkan harga pada peranti kelas pertengahan masing-masing. Kalau 16GB RAM dan 1TB storan dalaman boleh dibeli pada harga tidak sampai RM1700 pun bukankah itu satu harga yang baik?

Apa kata anda?