Realme Bakal Hadir Dengan Komputer Riba Baharu – Dikenali Sebagai Realme Notebook Air

TechnologyDigital
7 Jul 2022 • 9:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme telah melebarkan sayap pembabitan dalam segmen komputer riba menerusi pengenalan RealmeBook. Di Malaysia, ia dijual dengan harga bermula RM2,999 dengan dua pilihan warna seperti Real Greay dan Real Blue.

Komputer riba ini turut dilengkapi skrin bersaiz 14-inci LCD (IPS) dengan resolusi 2K (2520 x 1680 piksel) dan pilihan CPU serta GPU yang berbeza. Di mana, model dengan CPU Intel-Core i3-1115G4 dipadankan dengan GPU Intel UHD. Manakala, model dengan Intel-Core i5-1135G7 pula menggunakan GPU Intel Iris Xe.

image is not available

Dalam perkembangan terkini, Realme dalam persediaan untuk mengemaskini komputer ribanya dengan model baharu. Dikenali sebagai Realme NoteBook Air, ia bakal dilancarkan di China seiring dengan Realme GT 2 Master Explorer pada 12 Julai 2022. Setakat ini, Realme tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai perkakasan dalaman, kecuali reka bentuknya.

image is not available

Di mana, ia akan mempunyai binaan bezel yang nipis berukuran 4.9mm. Dalam masa sama, ia turut dilaporkan hadir dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan biru. Salah satu daripadanya mempunyai kemasan berkotak-kotak seumpama yang terdapat pada Realme Pad X sebelum ini.

image is not available

Seperti biasa, lebih banyak maklumat mengenainya bakal didedahkan dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikan.