
Melengkapi ekosistem produk Realme hari ini ialah Buds Air8 iaitu sepasang fon telinga yang mengekalkan gaya generasi sebelumnya tetapi kini hadir dengan peningkatan bateri untuk penggunaan lebih lama.

Realme Buds Air8 hadir dengan gabungan pemandu audio 11mm + 6mm Dual-Driver yang menyokong Hi-Res Audio Wireless melalui codec LHDC 5.0 lossless. Ia turut menawarkan mod Ultra-Low Latency dengan penapis hingar serendah 45ms sesuai untuk pengalaman permainan yang memerlukan tindak balas pantas.


Menariknya, Realme Buds Air8 juga dilengkapi ciri berasaskan AI seperti AI Real-Time Translation dan AI Call Translation untuk menjadikannya lebih praktikal. Dari segi ketahanan, bateri disediakan mampu berfungsi sehingga 58 jam dengan bantuan pod pengecas selain itu mempunyai penarafan IP55 kalis air untuk perlindungan tambahan.

Bagi yang berminat, Realme Buds Air8 dijual di Malaysia pada harga RM299 seunit. Namun, jika dibeli bersama siri realme 16 Pro melalui promosi purchase with purchase (PWP), harganya boleh didapati serendah RM249 untuk tempoh terhad.


