Realme Buds T500 Pro Berharga RM199 Di Malaysia

TechnologyDigital
6 Apr 2026 • 6:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme baru sahaja melancarkan Buds T500 Pro iaitu sepasang fon telinga nirwayar bertangkai yang hadir bersama pod pengecas berbentuk segi empat tepat. Ia juga ditawarkan dalam pilihan warna menarik seperti kelabu dan kuning.

image is not available

Realme Buds T500 Pro dilengkapi dengan pemandu audio 12.4mm Hi-Res serta enam mikrofon terbina bagi menyokong panggilan yang lebih jelas. Ia menggunakan teknologi AI yang boleh menganalisis bentuk telinga dan menyesuaikan keselesaan pemakaian secara masa nyata. Pada masa sama, fungsi pembatalan hingar suara membantu mengurangkan gangguan bunyi sekeliling melalui penalaan pintar.

image is not available
image is not available

Ia juga menawarkan ciri Face-to-Face Translator dan sokongan pertukaran antara tiga peranti. Tambatan pantas disediakan melalui Bluetooth 6 dengan sokongan codec SBC, AAC dan LHDC. Dari segi bateri, fon telinga ini mampu bertahan sehingga 56 jam dengan bantuan pod pengecas, di samping hadir dengan kalis air IP55. Realme Buds T500 Pro ditawarkan di Malaysia pada harga RM199 dengan jualan tersedia secara atas talian sahaja