Realme Buds T110 Dijual Di Malaysia Pada Harga RM139

TechnologyDigital
4 Apr 2024 • 5:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme Buds T100 turut diumumkan hari ini sebagai aksesori audio baharu di Malaysia. Ia merupakan set fon telinga nirwayar dari jenis dalam telinga bertangkai. Selain turut dilengkapi pod pengecas berbentuk bujur dengan dua pilihan warna iaitu Country Green dan Punk Black.

image is not available

Sepasang pemandu audio digunakan menyokong pembatalan hingar elektronik berasaskan AI dan mod permainan latensi 88ms. Selain turut boleh ditambat pada telefon pintar menggunakan sambungan bluetooth 5.3.

Bateri digunakan boleh beroperasi hingga 38 jam dengan bantuan pod pengecas. Dalam masa sama melepasi penarafan kalis air IPX5 yang sesuai digunakan ketika bersenam. Penggunaan bersama aplikasi Realme Link juga disarankan untuk pengalaman yang lebih baik.

image is not available

Bagi yang berminat fon telinga ini boleh dibeli pada RM139 seunit. Kemudian turut boleh dimiliki dengan harga promosi serendah RM99 untuk masa terhad.