Vivo TWS 4 Diumumkan Dengan Sokongan ANC Dan Bateri 45 Jam

TechnologyDigital
27 Mar 2024 • 2:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sudah menjadi kelaziman bagi Vivo menawarkan fon telinga nirwayar baharu melalui acara pelancaran produk terkini.

Melaluinya Vivo TWS 4 telah diumumkan dalam dua versi berbeza iaitu model Hi-Fi yang dilengkapi codec aptX Lossless. Selain turut disokong cip audio Qualcomm S3 Gen 3 baharu yang dilancarkan baru-baru ini. Sementara itu, model standard pula menyediakan codec LDAC dan apTX Adaptive bersama sokongan cip audio Qualcomm S3 Gen 2.

image is not available

Dari segi luaran, kedua-duanya disediakan dalam pilihan warna biru dan putih yang berkilat. Ia juga sejenis fon dari jenias dalam telinga (in-ear) bertangkai dengan putik silikon. Selain itu, pod pengecas pula berbentuk bujur bersama lampu indikator di bahagian hadapan.

image is not available

Sepasang pemandu audio sebesar 12.4mm digunakan menyokong pembatalan hingar aktif (Active Noise Cancellation) terbina. Ia turut ditambahbaik dengan AI untuk kemampuan audio lebih jelas. Diikuti kemampuan audio spatial yang boleh didengari dengan empat mod bunyi berbeza diberikan.

image is not available

Tambatan ke peranti pula boleh dibuat melalui bluwtooth 5.4. Dalam masa sama turut menawarkan hayat bateri sehingga 45 jam lamanya dengan bantuan pod pengecas. Vivo TWS dijual dengan harga permulaan RMB399 (RM260) (standard) dan RMB499 (~RM326) (Hi-Fi).