Huawei Freebuds Pro 5 Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM699

LocalTechnology
12 Mar 2026 • 3:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Malaysia turut memperkenalkan FreeBuds Pro 5 iaitu fon telinga nirwayar baharu dengan pod pengecas berbentuk bujur. Rekaan fon telinga menggunakan Star-Ring Diamond Cut yang memberi sentuhan premium manakala tangkainya dihiasi kemasan emas bersama penjenamaan HUAWEI SOUND untuk menambah elemen eksklusif.

image is not available
image is not available

FreeBuds Pro 5 menggunakan sistem audio dual-driver yang menggabungkan unit bass ultra-linear dengan litar magnet berganda serta tweeter mikro-planar yang nipis. Ia turut dilengkapi sistem dual-channel ANC yang mampu menghasilkan gelombang bunyi terbalik untuk mengurangkan hingar dengan prestasi sehingga tiga kali lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

image is not available
image is not available

Fon telinga ini menyokong codec AAC/SBC/LDAC/L2HC serta dilengkapi Huawei NearLink iaitu teknologi khas Huawei untuk sokongan audio lossless mencapai 4.6Mbps. Ketahanan bateri pula boleh sehingga 9 jam tanpa ANC dan 6 jam dengan ANC diaktifkan. Sebagai tambahan, FreeBuds Pro 5 hadir dengan penarafan IP67 untuk memberikan perlindungan daripada debu dan air.

image is not available
image is not available

Huawei FreeBuds Pro 5 kini rasmi ditawarkan di Malaysia pada harga RM699. Ia hadir dengan tiga pilihan warna premium iaitu White, Gold dan Grey.