
Realme kini telah melancarkan dua lagi telefon pintar baharu untuk pasaran Malaysia dengan fokus terhadap kapasiti bateri gergasi iaitu Realme C100 dan Realme C100i.

Realme C100 5G dilengkapi skrin 6.8″ IPS LCD, dengan kadar segar semula 144Hz, dijana cip MediaTek Dimensity 6300, memori sebesar 4GB LPDDR4x RAM, storan sbesar 256GB eMMC 5.1 dan bateri 7000 mAh yang menyokong pengecasan 45W secara berwayar.
Kamera utama 50MP f/1.8 di belakang dipadankan dengan kamera hadapan 5MP f/2.2. Realme turut menyatakan ia menyertakan sokongan kalis air IP64, serta pengimbas cap jari pada bahagian sisi. Realme dilihat lebih memposisikan pemasaran peranti ini untuk pekerja gig di Malaysia.

Realme C100i dilengkapi skrin 6.8″ IPS LCD, dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Unisoc T7250, memori sebesar 4GB LPDDR4x RAM, storan sbesar 128GB eMMC 5.1 dan bateri 7000 mAh yang menyokong pengecasan 15W sahaja secara berwayar.
Kamera utama 8MP f/1.8 di belakang dipadankan dengan kamera hadapan 5MP f/2.2. Realme turut menyatakan ia menyertakan sokongan kalis air IP64, pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan bicu audio 3.5mn. Peranti ini sekarang menyokong rangkaian sehingga 4G sahaja.
Kedua-dua Realme C100 dan C100i menggunakan antaramuka Realme UI berasaskan Android 16. Ia mempunyai ciri seperti Google Gemini, Circle to Search dan beberapa lagi ciri AI tambahan seperti AI Eraser, suntingan gambar serta mencerahkan wajah.
Realme C100 5G pula ditawarkan pada harga RM1099 untuk 4GB RAM dan 256GB storan. Untuk tempoh promosi pengenalan, Realme C100 5G ditawarkan pada harga RM899. Sementara itu Realme C100i ditawarkan pada harga RM599dengan 4GB RAM dan 128GB storan.

