Realme C100 Dilancarkan Dengan Skrin 144Hz Dan Bateri 7000mAh

TechnologyDigital
8 Apr 2026 • 2:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dalam diam, Realme C100 kini telah rasmi dilancarkan di Thailand. Peranti ini hadir dengan spesifikasi bajet, namun kelebihan utamanya ialah bateri berkapasiti 7,000mAh yang menyokong pengecasan 45W. Realme mengiklankan bahawa peranti ini mampu bertahan sehingga dua hari dengan penggunaan biasa.

image is not available

Peranti ini turut dilengkapi dengan fungsi bypass charging serta pengecasan berbalik berwayar (6.5W) yang membolehkannya berfungsi sebagai bank kuasa (Powerbank) apabila diperlukan. Dalam masa sama, ia dibina dengan paparan IPS LCD bersaiz 6.8 inci beresolusi HD+ dengan kadar segar semula 144Hz. Di samping itu, ia dijana oleh cip MediaTek Dimensity 6300 bersama pilihan sehingga 6GB RAM LPDDR4X serta storan berasaskan eMMC5.1 sebesar 128GB.

image is not available

Kamera belakang terdiri daripada sensor utama 50MP (f/1.8) bersama satu lensa tambahan yang tidak dinyatakan. Realme C100 turut disahkan hadir dengan kamera hadapan sebesar 5MP. Selain itu, peranti ini menawarkan perlindungan kalis air IP64, pengimbas cap jari di sisi serta menggunakan Realme UI 7 berasaskan Android 16. Realme C100 hadir dalam pilihan warna Blooming Purple dan Sprouting Green.