Realme C30 Dilancarkan Dengan Kamera Utama Tunggal Dan Mikro-USB

TechnologyDigital
22 Jun 2022 • 12:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme C30 telah diperkenalkan secara rasmi. Ia merupakan variasi terkini untuk peranti di bawah siri Realme C. Dalam masa sama, ia turut menerima sejumlah penawaran menarik tersendiri bagi menjadikannya relevan dengan perkembangan sesama.

Realme C30 hadir dengan skrin berukuran 6.5-inci FHD+ dengan rekaan skrin bertakuk kecil. Peranti juga menggunakan cip pemproses Unisoc T612 dengan gabungan memori sehingga 3GB RAM dan ruang storan 32GB yang boleh dikembangkan menerusi kad microSD. Perisian yang digunakan pula adalah Realme UI Go Edition berasaskan Android 11 terkini.

Seterusnya, ia turut menampilkan sokongan lensa tunggal sebesar 8-Megapixel (f/2.0) untuk tetapan kamera utama. Kamera swafoto pula sebesar 5-Megapixel (f/2.2). Melengkapinya juga adalah bateri berkapasiti 5,000mAh (microUSB), bicu audio 3.5mm dan sebagainya.

image is not available

Untuk harga, Realme C30 dijual pada INR7499 (~RM422) (2GB/32GB) dan INR8299 (~RM467) dengan beberapa pilihan warna seperti Lake Blue atau Bamboo Green.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved