Realme C53 Baharu Dengan Kamera 108MP Dilancarkan Secara Rasmi

TechnologyDigital
20 Jul 2023 • 12:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme C53 baharu akhirnya dilancarkan secara rasmi di India dengan beberapa perbezaan yang dibuat. Ini boleh dilihat secara jelas menerusi sokongan kamera utama 108MP lebih besar berbanding 50MP pada model sebelum ini. Seterusnya sistem pengecasan 18W juga digunakan yang mana lebih rendah berbanding 33W sebelum ini, namun kapasiti bateri 5000mAh masih dikekalkan di sini.

image is not available

Untuk lebih khusus Realme C53 baharu menggunakan skrin utama sebesar 6.74″ LCD HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Unisoc Tiger T612, memori sehingga 6GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 128GB eMMc 5.1 sebagai tunjang utama. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan 18W.

image is not available

Seterusnya sistem dwi-kamera turut digunakan pada peranti dengan sensor utama 108MP dan kamera swafoto pula sebesar 8MP. Dari segi ketersambungan pula peranti menawarkan sokongan dwi-SIM, LTE dan bluetooth 5.0. Kemudian terdapat juga slot ruang tambahan mikroSD, bicu audio 3.5mm dan port USB-C.

image is not available

Peranti ini dijual di India dengan harga bermula INR9,999 (4GB/128GB) (~RM554) dan INR10,999 (6GB/64GB) (~RM610). Dua pilihan warna iaitu Champion Gold dan Champion Black turut disediakan, namun tidak dapat dipastikan sama ada bakal ditawarkan ke pasaran luar atau sebaliknya.