Realme C71 Kini Ditawarkan Dengan Pilihan Storan Lebih Besar – Harga RM599

LocalTechnology
5 Nov 2025 • 11:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme C71 mula memasuki pasaran Malaysia pada Jun 2025 dengan storan dalaman 128GB. Kini, peranti ditawarkan pula dalam versi baharu dengan storan yang lebih besar pada harga RM599. Peranti ini akan mula tersedia pada 7 November 2025 dan pengguna boleh memilih daripada dua pilihan warna menarik iaitu White Swan serta Forest Owl.

image is not available

Walaupun terdapat peningkatan dari segi kapasiti storan, spesifikasi lain bagi peranti masih dikekalkan. Antara ciri utama yang ditawarkan termasuk cip UNISOC T7250, skrin HD+ bersaiz 6.67-inci 120Hz serta kamera utama 50MP AI yang dipadankan dengan kamera swafoto 5MP.

image is not available

Selain itu, ciri Pulse Light turut disertakan yang menawarkan 9 pilihan warna dan 5 jenis kerlipan untuk pengalaman yang lebih menarik. Bagi memastikan penggunaan berpanjangan, peranti dilengkapi dengan bateri 6300mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W melalui USB-C.