Sony secara rasminya menawarkan Xperia 10 VII di pasaran Malaysia. Peranti dijual pada harga RM2199 dan tersedia dalam tiga pilihan warna menarik seperti Turquoise, White dan Black. Bagi yang berminat, pembelian boleh dibuat melalui laman web rasmi Sony Malaysia.

Peranti ini hadir dengan skrin 6.1″ OLED 120Hz, satu peningkatan berbanding 60Hz pada model Xperia 10 VI. Ia dipadankan dengan cip Snapdragon 6 Gen 3, bersama 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri berkapasiti 5000mAh turut disertakan, manakala storan boleh ditambah sehingga 2TB melalui kad microSD.

Xperia 10 V11 juga dilengkapi kamera utama 50MP + 13MP, manakala swafoto pula 8MP. Tubuh peranti menyertakan butang kamera di sisi kanan, bicu audio 3.5mm, speaker stereo, serta sokongan kalis air dan debu dengan piawaian IP68. Ia menjalankan sistem operasi Android 15 bersama ciri Circle to Search dan Google Gemini.


