
Realme C85 5G mula ditawarkan di Malaysia melalui pakej telekomunikasi terpilih. Peranti ini dipasarkan dalam kelas asas dengan harga RM1099. Namun begitu, pengguna boleh menikmati harga lebih rendah sekiranya melanggan pelan Hotlink Postpaid 70. Bagi kontrak 12 bulan, harga yang ditawarkan ialah RM359 manakala bagi kontrak 24 bulan pula harganya hanya RM59.

Dari segi spesifikasi, Realme C85 5G hadir dengan paparan 6.8 inci dan dikuasai oleh cip Dimensity 6300 5G. Ia dilengkapi dengan memori8GB RAM serta storan 256GB, selain menyertakan kamera utama 50MP untuk kegunaan fotografi. Peranti ini turut dibekalkan dengan bateri 7000mAh di samping menyokong sambungan WiFi, Bluetooth, NFC dan 5G. Sistem operasi menggunakan realme UI 6.0 untuk pengalaman yang lebih terkini.



