Realme GT 8 Pro Bakal Memasuki Pasaran Global Pada November 2025

WorldTechnology
30 Oct 2025 • 10:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme mengesahkan bahawa telefon mercu GT 8 Pro akan memasuki pasaran global pada November 2025. Walaupun tarikh rasmi belum diumumkan, kemunculannya menarik perhatian selepas pelancaran Find X9 baru-baru ini.

image is not available

Laman iklan rasmi turut diterbitkan yang memaparkan beberapa ciri utama peranti. Antara yang paling menonjol ialah cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 baharu. Realme mendakwa peranti ini mampu mencatat skor AnTuTu sehingga 4,000,000 sekali gus nampak menarik untuk diuji. Setakat ini, Find X9 Pro dengan cip Mediatek Dimensity 9500 mencatatkan skor tertinggi yang pernah kami uji malah mengatasi Apple A19 Pro.

image is not available

Tumpuan turut diberikan kepada sistem kamera hasil kerjasama dengan Ricoh yang telah diusahakan selama 4 tahun sebelum diumumkan secara rasmi pada 14 Oktober lalu.

image is not available

Buat masa ini, butiran lanjut masih belum diketahui. Ada kemungkinan spesifikasi akan sama seperti versi China. Namun tidak pasti sama ada Realme akan membawa model Realme GT 8 bersama atau sebaliknya memandangkan tiada laman iklan rasmi diterbitkan untuk model tersebut buat masa ini.