Realme GT 8 Pro Kini Di Malaysia Pada Harga RM4299

LocalTechnology
24 Nov 2025 • 2:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme hari ini telah melancarkan telefon mercu terbaharu GT8 Pro di Malaysia. Peranti ini menjadi yang pertama dibangunkan dengan kerjasama Ricoh untuk sistem kamera. Pada masa yang sama, ia turut memperkenalkan konsep bonggol kamera boleh ditukar ganti.

image is not available
image is not available

Realme GT8 Pro dilengkapi dengan skrin 6.79-inci AMOLED 2K yang menyokong kadar segar semula 144Hz. Peranti ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite 5 bersama memori 16GB RAM serta storan dalaman 512GB. Selain itu, ia turut menjalankan realme UI 7 berasaskan Android 16 dengan beberapa ciri AI menarik seperti Flex Theme 2.0, Flux Desktop, AI Edit Genie, AI Now Brief dan AI Mind Space.

image is not available
image is not available
image is not available

Sistem kamera Realme GT8 Pro hadir dengan lensa ultra-lebar 50MP, lensa utama 50MP serta lensa telefoto 200MP dengan sokongan OIS. Kamera dibangunkan melalui kerjasama dengan Ricoh iaitu jenama yang terkenal dalam bidang fotografi jalanan. Ia turut menyokong rakaman video sehingga 8K pada 30FPS. Untuk swafoto, peranti ini dilengkapi kamera hadapan beresolusi 32MP.

image is not available
image is not available

Realme GT8 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W serta pengecasan tanpa wayar 50W. Antara spesifikasi lain termasuk sistem imbasan jari di skrin, pembesar suara stereo dan kalis air dengan piawaian IP68.

image is not available
image is not available

arga jualan rasmi di Malaysia ialah RM4299. Bagi yang berminat, anda boleh membuat pratempahan dengan berpeluang menerima hadiah bernilai RM1197. Dapatkannya sekarang melalui pengedar sah di seluruh Malaysia.