Realme GT Neo6 SE Dengan Snapdragon 7+ Gen 3 Kini Rasmi

TechnologyDigital
12 Apr 2024 • 11:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme GT Neo6 SE telah dilancarkan di China semalam dengan ia menggunakan cip Snapdragon 7+ Gen 3 yang baru sahaja diumumkan baru-baru ini. Walaupun 7+ Gen 3 ialah cip dalam keluarga Snapdragon 7, teras CPU yang digunakan adalah sama dengan siri Snapdragon 8 Gen 3.

image is not available

Tahun ini GT Neo6 SE hadir dengan skrin 6.78″ LTPO AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan keterangan boleh mencecah 6000 nits. Cip di atas dipadankan dengan memori sehingga 16GB LPPDR5X, storan sehingga 512GB UFS 4.0 dan bateri 5500 mAh yang menyokong pengecasan 100W.

image is not available

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP IMX882 dengan OIS dan lensa ultra sudut lebar 8MP. Di hadapan pula sensor 32MP digunakan untuk swafoto. Tubuh peranti melepasi piawaian kalis air IP65. Terdapat juga pengimbas cap jari bawah skrin dan juga sistem speaker stereo. Sistem operasi Realme UI 5 yang berasaskan Android 14 digunakan bersama beberapa ciri AI terbina.

image is not available

Sebagai sebuah peranti gaming, GT Neo 6 SE hadir dengan kebuk penyejuk yang besar bagi memastikan isu panas tidak berlaku. Realme juga menyertakan mod untuk mengecil tingkap permua untuk seketika bagi membolehkan pemilik membaca dan menjawab mesej tanpa perlu meninggalkan sesi permainan. Ciri tambahan lain ialah kawalan gestur menggunakan kamera hadapan.

Harga jualan Realme GT Neo6 SE adalah seperti di bawah.

Realme GT Neo6 SE (8/256GB) – RMB 1799 (~RM 1186)
Realme GT Neo6 SE (12/256GB) – RMB 1999 (~RM 1318)
Realme GT Neo6 SE (16/256GB) – RMB 2199 (~RM 1449)
Realme GT Neo6 SE (16/512GB) – RMB 2499 (~RM1647)