Realme GT7 Memasuki Pasaran Global Pada 27 Mei 2025

TechnologyDigital
9 May 2025 • 1:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telefon pintar baharu Realme GT7 bakal dilancarkan secara global pada 27 Mei 2025 dalam satu acara yang berlangsung di Paris. Model baharu ini dijangka membawa pelbagai peningkatan dan rekaan yang menarik dalam segmen peranti kelas mercu.

image is not available

Antara ciri utama yang diketengahkan dalam model baharu ini ialah penggunaan teknologi IceSense Graphene yang berfungsi sebagai sistem pengurusan haba untuk memastikan prestasi yang baik dalam penggunaan berat. Selain itu, Realme GT7 akan hadir dalam beberapa pilihan warna menarik termasuk IceSense Black dan IceSense Blue.

Dengan gabungan teknologi terkini, model ini kelak dijangka boleh mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pengguna yang mahukan peranti berprestasi tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved