Realme lancar telefon termurah mereka untuk 2022, sesuai untuk penghantar makanan

Digital
17 Nov 2022 • 12:56 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sekiranya anda sedang cari telefon untuk kegunaan lasak tapi tidak mahu berbelanja besar, Realme ada calonnya. Mereka mengumumkan Realme C30s pada harga bermula RM399, malah anda boleh dapatkannya pada harga lebih rendah dalam tempoh tertentu.

image is not available

Spesifikasi Realme C30s

Realme C30s adalah telefon sebesar 6.5" dengan resolusi HD dan ia menggunakan panel LCD. Atas papan utama, Realme cuma meletakkan info yang telefon ini diperasa cip oktateras yang terdiri daripada Cortex-A55 pada kelajuan 1.6Ghz bersama-sama GPU GE8322. Daripada carian, cip yang memenuhi kedua-dua kriteria ini adalah UNISOC SC9863A.

Untuk pasaran Malaysia, ada dua konfigruasi RAM dan storan boleh dipilih iaitu 3GB + 32GB ataupun 4GB + 64GB. Di jabatan pengimejan, telefon ini dilengkapi sepasang kamera, 8MP di bahagian belakang dan satu lagi 5MP untuk selfie.

image is not available

Seperti biasa, telefon bajet akan dibekalkan bateir gergasi. Bateri berkapasiti 5,000mAh membekalkan tenaga kepada semua kelengkapan elektronik. Cumanya sistem pengecasan 10W diberikan, maka pastinya untuk mengisi tangki ini memerlukan masa yang agak panjang.

Harga Realme C30s di Malaysia

image is not available

Buat yang berminat untuk mendapatkannya, Realme dijual dalam dua konfigurasi RAM dan storan. Senarai harganya adalah seperti berikut:

  • RAM 3GB + storan 32GB RM399
  • RAM 4GB + storan 64GB – RM499

Seperti biasa, akan ada promo pembelian awal berjalan. Antara 25 hingga 27 November 2022, harga kedua-dua varian Realme C30s diturunkan kepada masing-masing RM367 dan RM459 dan terpakai untuk pemeblian di kedai fizikal, Lazada, dan Shopee.