Realme Neo7 SE Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 8400-MAX Dan Bateri 7000mAh

TechnologyDigital
26 Feb 2025 • 6:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme telah melancarkan Neo7 SE dengan fokus terhadap prestasi dan bateri yang tahan lama. Telefon ini dilengkapi dengan cip Dimensity 8400-MAX dan bateri besar 7000mAh. Telefon juga menawarkan sistem penyejukan yang besar 7700mm² serta Sky Communication System 2.0 yang mampu meningkatkan lagi prestasi keseluruhan peranti.

image is not available

Menurut Realme, bateri 7000mAh yang digunakan dalam peranti Neo7 SE adalah daripada CATL dan mempunyai ketumpatan tenaga 800Wh/L. Bateri ini turut boleh dicas semula menggunakan sistem pengecasan 80W, yang menjanjikan kesihatan bateri lebih 80% meskipun selepas 1800 kitaran pengecasan. Neo7 SE juga mempunyai ciri kalis air dengan penarafan IP68, IP69, dan IP66.

image is not available

Sistem kamera pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX882 (OIS), kamera ultra lebar 8MP, serta kamera hadapan 16MP. Melengkapi juga peranti adalah skrin LTPO OLED 6.78-inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Harga jualan Realme Neo7 SE bermula dari RMB1,799 (~RM 1,100) untuk varian 8GB RAM + 256GB ROM.