Realme Note 70 Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM449

LocalTechnology
28 Aug 2025 • 4:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme Note 70 kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM449. Model ini merupakan kemas kini kepada versi sebelumnya Note 60 dengan tumpuan terhadap kapasiti bateri yang lebih besar.

image is not available

Realme Note 70 dilengkapi skrin IPS LCD bersaiz 6.7 inci HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia dijana dengan cip Unisoc T7250, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Selain itu, ia menampilkan kamera utama 13MP dan swafoto 5MP, serta bateri berkapasiti 6300mAh yang menyokong pengecasan15W. Peranti ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Obsidian Black dan Beach Gold.