Realme Note Bakal Dilancarkan – Adakah Ini Pengganti Narzo?

TechnologyDigital
2 Jan 2024 • 3:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Akhirnya selepas 3 tahun menantikan siri Note oleh realme, realme Note 50 akan dilancarkan tidak lama lagi. realme kali pertama mendaftar tanda dagang bagi siri Note pada tahun 2021 untuk realme Note 9 tetapi ia tidak dilancarkan kerana hanya hadir dengan realme 9.

Terbaru, peranti dengan nombor model RMX3834 iaitu realme Note 50 telah didaftarkan di Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Negara Thailand (NBTC). Ini akan menjadi penambahan baharu dalam kategori peranti yang realme sedia tawarkan.

image is not available

Kini sudah ada siri nombor sebagai peranti utama mereka, siri GT yang memfokuskan prestasi dan inovasi, siri C untuk kelas asas dan siri V untuk pasaran China. Siri Note mungkin menggantikan Narzo yang sudah lama tidak diperkenalkan secara meluas.

Buat masa ini, butiran peranti masih tidak diketahui. Sama-sama kita nantikan selepas pelancaran siri realme 12 nanti.